Saturday, December 8, 2012

Potrait 1

Tok Mi dengan Galaxy Tab 2 nya. Great teacher in Semantan (Otai).

Landskap 6

Prototaip laluan lombong arang batu suatu ketika dulu. Cantik dan dipertontonkan dalam Muzium Sungai Lembing, Pahang.

Landskap 5

Trek gerabak lombong arang batu yang masih tersimpan di Muzium Sungai Lembing, Pahang. Teknologi kejuruteraan daripada kayu dan batu kerikir.

Elektronik 1


Jam antik yang suatu ketika dulu digunakan oleh pengarah lombong British tapi kini menjadi hiasan bagi tatapan pengunjung di Muzium Sungai Lembing, Pahang.

Alam Semulajadi 2

Sedap pekena ayor nyiok mude petang -petang ni yob. Ssssruuuppp...!!! tergode nak pi kait sekarang untuk minum.

Alam Semulajadi 1

Buah dan pokok hutan yang dijadikan pokok hiasan. Sungguh indah ciptaan tuhan...Subhanallah!

Saturday, December 1, 2012

Senibina 3



Bangunan kedai lama, Kedai Motor Yuen Loong ini terletak di Sitiawan, Perak. Deretan kedai di sini masih mengekalkan identiti ciri-ciri buatan lama yang sukar dilihat pada masa sekarang. Mata kami tertarik dengan keadaan di sini dan mulalah tangan ini untuk menangkap gambar. Untuk pengetahuan kawan-kawan, kami ambil gambar ini  dari dalam kereta semasa kereta sedang bergerak melalui kawasan tersebut. Sangat indah dilihat setelah di edit.

Sunday, October 28, 2012

Artis Jalanan 1

Memang kagum melihat Artis Jalanan ni buat persembahan. Bayang kan dia boleh berdiri dengan tegak untuk sekian lama. Time nilah aku dan isteri ambil peluang nak ambil gambar dia. Nak tgk reaksi dia bergerak tak. Huhuhuhu. Rasa2 gambar ni la the best shot aku boleh ambil. Bila dah puas amik gambar, aku pun buh seringgit kat tong yang berada depan artis ni....tup tup...dia bergerak... melompat besar aku sambil tergelak (terkejut beb)...hehehe...dengan selamber aku peluk dia dan amik gambar sama2...hahaha..

Grafik Dinding 1


Memang cantik bila Arca dan grafik di gabung sekali. Hok ni kawan-kawan boleh cari kat Indoor Game Genting. Senang je nak cari...Kalau naik boat rusa pusing2 tu, lagi dekat dapat tengok. Gambar ni diambil masa aku dan isteri kat atas boat tula...Snap ikut dan je. Tapi bila dah edit...em marvelous gak warna2 gambar nye...

Senibina 2


Gambar di atas diambil masa kami nak memasuki tempat main salji (Yang orang selalu duk kata best tu) kat Taman Tema Genting.  Masa nak masuk tu, aku pun snap gambar pintu gerbang yang ada tu untuk kenangan. Balik aku edit...edit...edit jadilah macam di atas tu. Kalau korang pi sana dan jumpa sign macam di atas bergambarlah kat sana...tak dapat kat dalam kat luar pun jadi...hehehe 

Senibina 1

Menara Genting dalam taman tema ini sangat menarik senibinanya. Serupa macam menara kat Paris tu. Tapi apa yang penting kat sini, kita shot gambar kat sudut yang best2 skit macam kat atas. Em bila di edit memang best sangat tengok. Huhuhu...Kawan-kawan kat luar sana boleh mencuba...seronok.

Sunday, October 14, 2012

Apakah Imbangan Putih (White Balance)?

Ia adalah berkaitan dengan suhu warna. Suhu warna adalah satu cara untuk mengukur kualiti sumber cahaya. Ia adalah berdasarkan nisbah jumlah cahaya biru kepada jumlah cahaya merah dan cahaya hijau diabaikan. Unit untuk mengukur nisbah ini adalah dalam darjah Kelvin (K). Satu cahaya dengan suhu warna yang tinggi (iaitu lebih besar nilai Kelvin) mempunyai lebih lampu biru daripada cahaya dengan suhu warna yang lebih rendah (iaitu lebih kecil nilai Kelvin). Oleh itu, cahaya yang sejuk mempunyai suhu warna yang lebih tinggi.

Menetapkan imbangan putih salah boleh menyebabkan perubahan warna pada imej. Sebagai contoh, andaikan kamera diset pada suhu warna cahaya matahari untuk mengambil imej persekitaran yang tertutup dan diterangi oleh lampu pijar. Kamera akan mengharapkan lebihan cahaya biru daripada cahaya merah serta menetapkan algoritma menjadi lebih sensitif kepada cahaya biru. Walau bagaimanapun, dalam persekitaran yang diterangi dengan lampu pijar pula, suhu warna adalah rendah dengan lebihan cahaya merah. Hasilnya, kita akan lihat imej kemerahan atau kekuningan. Berikut adalah contoh yang boleh dilihat. 

Imbangan putih yang betul
Imej kemerahan / kekuningan
Sebaliknya, andaikan kita menetapkan kamera kepada suhu warna yang rendah (contohnya cahaya pijar) dan mengambil gambar di bawah cahaya matahari. Oleh kerana imbangan putih telah bersedia untuk lampu pijar, algoritma pemprosesan adalah lebih sensitif kepada cahaya merah dan bukannya biru. Oleh itu, imej yang terhasil akan menjadi kebiruan seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut.

Imbangan putih yang betul
Imej kebiruan

Friday, October 12, 2012

Texture 3

Tona warna yang menarik. Jelas bila dah di edit memang nampak menawan. Jadi kawan-kawan di luar sana tu jangan ingat gambar-gambar yang diambil macam tak best atau lawar tu, tak boleh pakai langsung. Cuba tengok di atas, ada ok ka gambar tu? Untuk pengetahuan semua kawan-kawan, gambar jubin ni di ambil di luar tandas Taman Tema Genting. Memang tak lawar kalau tengok dari gambar asal. lokasinya pulak kat luar tandas. Tak senonoh betul. Tapi kawan-kawan siapa pun takan tahu kalau aku tak cerita macam ni. Walau macam mana pun, cubalah beri sedikit nafas untuk gambar yang kita ambil tu. Baru terasa puas bila memandangnya... :)

Texture 2


Gambar ni diambil semasa aku dan isteri  tengah mencari kedai makan kat Taman Tema Genting. Dalam masa pusing-pusing tu, terpandang satu jubin yang cantik buatan tangan nya. Jubin ni dijadikan wall texture pada sebuah restoren exclusive untuk orang cina di situ. Aku mula tertarik untuk mengambil gambar sehingga orang rumah aku kata sudah-sudahla tu. Tak penat ke?...hehehe. Dengan tersenyum simpul, aku main snap je gambar jubin tu, pastu terus follow isteri aku masuk marry brown. Balik je umah, aku try edit gambar tu dan macam di ataslah hasilnya. Boleh tahan jugakkan? 

Texture 1

Banyak jubin atau tiles yang menarik semasa di Taman Tema Genting. Di atas adalah salah satu koleksi  jubin yang aku rasakan dalam kategori texture pilihan aku. Tangkap gambar ikut dan je. Bila dah edit, menarik pulak jadi gambar ni dengan warna yang seakan-akan golden / emas yang buat fikiran ni tertanya semula, macam mana nak edit gambar ni jadi macam ni balik ek? hohoho...

Landskap 4


Sentuhan bunga menghiasi tembok jalan pejalan kaki yang berlatar belakangkan air mengindahkan lagi suasana landskap di Indoor Game Genting Higland. Idea ni datang dari isteri tersayang, sebab orang pempuan ni kalau dengan bunga yang cantik mesti nak ada gambar. Jadi sebagai memenuhi impiannya cuba-cuba cari sudut yang menarik untuk di tangkap dan hasilnya bila sudah di edit...em boleh tahan jugak ek...

Landskap 3

Cantik dekorasi landskap yang dipadankan dalam Indoor Game Genting Highland. Paling menarik dan unik adalah lampu di tepi pejalan kaki ini. Sebab tu aku memilih ianya sebagai subjek untuk dijadikan gambar. Now! bila dah edit...cun la plak rasanya...huhuhu...terbaik!

Grafik Dinding 1

Wow! nampak macam best je gambar ni bila dah edit. Namun apa pun aku like this foto kerana keunikan susunan dan illustrasi yang dipamerkan. 

10 Yang Utama Peraturan Komposisi Fotografi

Peraturan Pertiga

Bayangkan bahawa imej anda dibahagikan kepada 9 segmen yang sama oleh 2 garisan menegak dan 2 garisan mendatar. Peraturan-pertiga menegaskan bahawa anda harus meletakkan elemen yang paling penting dalam senario anda di sepanjang garisan ini atau di tempat di mana ia bersilang.

Dengan berbuat demikian, akan menambah keseimbangan kepada gambar anda. Sesetengah kamera juga menawarkan pilihan untuk mengubah peraturan pertiga pada skrin LCD yang mana membuat ia lebih mudah untuk digunakan.

Imbangan Elemen

Meletakkan subjek utama anda di luar pusat peraturan-pertiga dapat mencipta gambar yang lebih menarik, tetapi ia boleh menimbulkan kekosongan pada gambar tersebut. Anda perlu mengimbangi berat subjek anda dengan objek lain yang lebih rendah untuk mengisi ruang.

Mengikut Garisan

Apabila kita melihat gambar, mata kita secara semula jadi akan tertarik disepanjang garisan. Dengan memikirkan bagaimana kita meletakkan garisan dalam komposisi kita, kita boleh menjejaskan cara kita melihat imej, menarik kita ke dalam gambar, ke arah subjek atau sepanjang perjalanan kita ke tempat kejadian. Terdapat banyak jenis garisan seperti lurus, pepenjuru, bengkang-bengkok, jejarian dan lain-lain. Kesemuanya boleh digunakan untuk meningkatkan komposisi gambar kita.

Simetri dan Corak

Kita dikelilingi oleh simetri dan corak, kedua-dua alam dan buatan manusia. Ia boleh membuat komposisi yang sangat menarik, terutamanya di dalam situasi yang tidak dijangka. Satu lagi cara yang baik untuk menggunakan simetri dan corak adalah dengan memecahkan ia ke dalam beberapa cara, memperkenalkan ketegangan dan menjadi tumpuan di sesuatu tempat kejadian.

Titik Penglihatan

Sebelum mengambil gambar subjek, kita perlu mengambil masa untuk berfikir dari mana seharusnya kita mengambil gambar. Titik penglihatan kita mempunyai impak yang besar ke atas komposisi foto yang hendak diambil. Bukannya hanya mengambil gambar dari paras mata, perlu juga pertimbangkan gambar dari peringkat paling atas, di peringkat akar umbi, dari sisi, dari belakang, dari jarak jauh, dari jarak dekat dan sebagainya.

Latar Belakang

Berapa kalikah gambar yang kita ambil boleh dirasakan sangat hebat, hanya untuk mendapatkan imej akhir yang mempunyai impak yang berkurangan kerana subjeknya bercampur ke dalam latar belakang yang sibuk? Mata manusia sangat cekap untuk membezakan elemen-elemen yang berlainan di tempat kejadian manakala kamera pula mempunyai kecenderungan untuk meleperkan latar depan dan latar belakang dan ini boleh mengubah foto menjadi lagi baik. Syukurlah, masalah ini biasanya mudah untuk di atasi semasa mengambil gambar dengan melihat sekeliling untuk latar belakang yang betul dan tidak mengganggu semasa menangkap gambar supaya ia tidak menyimpang dari subjek.

Kedalaman

Disebabkan fotografi adalah satu medium dua dimensi, kita perlu memilih komposisi dengan berhati-hati untuk menyampaikan rasa kedalaman yang digambarkan ditempat kejadian. Kita boleh membina kedalaman gambar dengan cara memasukkan objek dalam latar depan, jalan tengah dan latar belakang. Satu lagi teknik komposisi yang sangat berguna adalah pertindihan, di mana kita dengan sengaja mengaburi satu objek dengan yang lain. Mata manusia secara semulajadi dapat mengecam lapisan ini dan secara mental yang memisahkan ia keluar yang mana mewujudkan satu imej dengan lebih mendalam.

Pembingkaian

Dunia ini penuh dengan benda-benda yang membuat bentuk alam kita lebih sempurna, seperti pokok-pokok, lengkungan-lengkungan dan lubang-lubang. Dengan menempatkan benda-benda ini di sekitar kawasan komposisi, kita dapat membantu untuk mengasingkan subjek utama dari dunia luar. Hasilnya adalah gambar yang lebih fokus yang menarik mata kita secara semulajadi ke titik utama kepentingan.

Memangkas

Selalunya foto akan kekurangan kesan karena subjek utama adalah begitu kecil dan menjadi hilang di antara kekacauan disekitarnya. Dengan memangkas ketat di sekitar subjek kita dapat menghilangkan latar belakang "bunyi" dan memastikan subjek mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi penonoton.

Eksperimen

Dengan pertumbuhan era digital dalam fotografi kita tidak lagi perlu bimbang tentang kos pemprosesan filem atau kehabisan untuk menangkap gambar. Hasilnya, bereksperimen dengan komposisi gambar telah menjadi satu kemungkinan yang sebenar di mana kita boleh bermain dengan ton pada tangkapan gambar dan memadamnya apabila tidak diperlukan tanpa sebarang kos tambahan. Rebutlah peluang ini dan bereksperimenlah dengan komposisi kita - kita tidak tahu sama ada sesuatu idea itu akan berhasil sehingga kita mencubanya.

Monday, October 8, 2012

11 Tip Untuk Jurugambar Permulaan (Beginner)

Jangan terus membeli peralatan yang paling mahal
Adalah mustahil untuk mendapatkan gambar yang bagus dengan kamera yang murah. Lebih banyak gambar yang  kita ambil, lebih banyak kita akan tahu tentang kamera sehinggalah sampai masanya untuk menaik taraf.

Pertimbangkan tripod.

Tripod adalah sangat berguna terutamanya jika kita mengalami  masalah tangan goyah. Apabila kita menggunakan tripod, hasil tangkapan gambar akan menjadi lebih baik. Untuk mendapat kestabilan yang lebih, gunakan fungsi pemasa kamera bersama tripod.

Pastikan kamera berada dengan kita sepanjang masa.

Pemandangan yang menarik sering tidak diundang ketika kita tidak menduganya. Jika kita suka menyimpan peralatan kamera didalam beg, kita mungkin tidak sempat atau terlepas peluang  mengambil gambar yang tidak dijangka. Jadi seharusnya, kamera hendaklah selalu bersedia ditangan kita supaya peristiwa yang menarik dapat ditangkap atau direkodkan dengan sebaiknya.

Buat satu senarai tangkapan gambar yang kita mahukan.

Kadang-kadang kita tidak cukup masa untuk mengambil gambar yang kita mahukan. Jadi dengan adanya "checklist", dapat mengingatkan kita pada kerja yang belum diselesaikan lagi.

Jangan terlepas pandang pelajaran basis fotografi.

Kita mungkin tidak perasan apa-apa yang menarik untuk gambar di ruang tamu atau belakang rumah kita, tetapi cuba kita lihat persekitaran biasa dengan mata segar. Kita mungkin dapat menangkap helah cahaya atau mencari beberapa bunga liar yang tidak dijangka di kawasan kita. Selalunya subjek mudah boleh menjadikan tangkapan gambar lebih menarik.

Nikmati proses pembelajaran.

Pembelajaran yang terbaik untuk dijadikan hobi adalah fotografi kerana ia tidak akan kehabisan. Inspirasi sentiasa berada di sekeliling kita. Lihatlah segala-galanya dengan mata seorang jurugambar dan kita akan melihat peluang yang tidak pernah kita perasan sebelum ini.\

Mengambil kesempatan daripada sumber percuma untuk belajar.

Carian melalui Flickr atau laman web boleh membantu mendapatkan inspirasi dan tips. Selain itu, melalui perpustakaan tempatan kita mungkin boleh mencari pelbagai buku berkaitan semua jenis fotografi. Jika kita berminat dalam pembelajaran pasca pemprosesan, perisian percuma seperti GIMP sesuai untuk dicuba.

Eksperimen dengan tetapan kamera anda.

Hasil tangkapan kita boleh menjadi lebih fleksibel dan kuat daripada yang kita tahu apabila kita bersedia untuk meneroka dan mencuba menangkap gambar subjek dengan pelbagai tetapan. Apabila kita melihat foto kita pada komputer, kita boleh mengedit semula tetapan yang telah digunakan.

Belajar peraturan asas.

Pelbagai maklumat tentang fotografi boleh didapati di internet. Kita boleh memulakannya terlebih dahulu dengan komposisi. Kita juga perlu bersikap terbuka terhadap jurugambar yang lebih berpengalaman katakan tentang fotografi. Kita perlu tahu peraturan asas sebelum kita berkongsi teknik dengan mereka.

Ambil gambar dengan kerap.

Cuba ambil gambar setiap hari. Jika kita tidak boleh berbuat demikian, pastikan kita meluangkan masa untuk membuatnya lebih kerap. Jadi kita tidak akan lupa apa yang kita telah belajar. Satu cara terbaik untuk memberi motivasi kepada diri sendiri adalah dengan membuat tugasan mingguan iaitu mengambil gambar sebanyak mungkin.

Jangan takut untuk mencuba.

Jika kita menggunakan kamera digital, kos kesilapan adalah percuma. Cubalah tangkap gambar sebanyak mungkin dan apa yang kita buat akan berakhir dengan sesuatu yang kita suka. Jangan takut untuk mencuba.

Saturday, October 6, 2012

Landskap 2

Cantik gak gambar ni bila dah di edit. Ini juga antara gambar landskap aku tangkap semasa bercuti dengan isteri di Genting highland. Tapi sayang jambatan dalam gambar ni tak boleh digunakan pada masa tu. Mungkin tengah repair kot...hehehe.

Landskap 1


Gambar ini diambil semasa aku dan isteri jalan2 ke Genting Higland. Tiba di satu area, banyak wall sticker yang besar2 dan disekitarnya landskap pejalan kaki yang cantik. Apalagi dengan kamera yang ada ditangan, aku pun snap-snap sudut yang menarik tanpa mengisahkan orang ramai lalu lalang....hahaha. Dan bila balik rumah, mulalah tangan aku menggatal nak mengedit gambar2 yang aku ambil tadi. Aku masukkan vintage mood skit kat gambar tu...